Tuesday, October 19, 2010

Pameran Pengantin 1 Malaysia 2010, PWTC Kuala Lumpur

Pameran Pengantin 1 Malaysia 2010 atau 1 Malaysia Bridal Fair 2010 buat julung kalinya akan dianjurkan pada 26, 27 & 28 November 2010 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Idea pameran ini adalah cetusan bersama di antara pihak Kelab Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia (KKPM) dan pihak Extreme Event Entertainment. Disokong penuh oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia (KPKKM). Pameran ini di adakan kerana sambutan oleh peniaga untuk memperkenalkan produk-produk terkini mereka kepada pelanggan. Permintaan pelanggan juga diambil kira kerana ia berlangsung pada penghujung tahun sempena musim cuti sekolah yang kebiasaannya ramai yang akan melangsungkan perkahwinan. Promosi menyeluruh akan dilakukan agar ia berjalan dengan lancar dan jayanya. Harapan kami dengan adanya Pameran Pengantin 1 Malaysia ini dapat membantu dari segi sosio ekonomi, budaya dan produk pelancongan negara.

Objektif Pameran 

Objektif pihak kami menganjurkan Pameran Pengantin 1 Malaysia adalah menyahut saranan pihak kementerian agar menyediakan platform pameran pengantin untuk usahawan –usahawan  pelbagai bangsa dalam bidang perkahwinan bagi memperkenalkan produk dan pakej terkini mereka kepada bakal pengantin dan juga peminat produk2 perkahwinan. 

Tujuan pameran ini adalah untuk mempromosikan produk-produk pengantin yang terkini yang berkonsepkan 1 Malaysia. Gabungan semua bangsa dalam mempromosikan produk mereka akan memeriahkan lagi pameran ini. Pelbagai produk dapat diperkenalkan sebagai pilihan kepada penduduk Malaysia yang ingin melangsungkan perkahwinan. Kami yakin dengan adanya pameran ini akan menarik ramai pengunjung serta pelancong dalam mempromosikan konsep Pengantin 1 Malaysia. 

Faedah bagi penyewa tapak pameran dapat menjana sosio ekonomi serta pelanggan baru. Faedah bagi pengunjung pula,mereka dapat membuat pilihan serta dapat melihat produk,pakej serta harga yang terbaru dan terkini. Antara sebab lain pihak kami menganjurkan pameran ini, kerana terdapat sambutan dan permintaan daripada usahawan-usahawan perkahwinan agar menganjurkan pameran seperti ini.

Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim

Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur
Sokongan Kerajaan

Pameran Pengantin 1 Malaysia 2010 ini mendapat sokongan penuh dari Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia. Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim selaku Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan juga merupakan penaung kepada program ini dan beliau sendiri akan hadir untuk merasmikan Pameran Pengantin 1 Malaysia 2010 ini pada 28 November 2010 jam 3 petang.


Sasaran Pengunjung

Oleh kerana program ini  mendapat liputan yang meluas  terutama dari RTM maka kami menyasarkan lebih daripada 10,000 pengunjung yang bakal menghadirkan diri. Kami juga yakin promosi melalui media cetak dan media elektronik serta banner, bunting dan risalah yang akan diedar dan dipasang di lokasi-lokasi yang strategik bakal menarik pengunjung ke pameran ini.


Tarikh & Venue Pameran

Tarikh mula         : 26hb, 27hb,  28hb November  2010 (Jumaat, Sabtu & Ahad)

Bertempat di       : Ruang Legar Putra, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)

Dirasmikan oleh   : YB Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim Menteri Penerangan Kominikasi dan Kebudayaan Malaysia

                            merangkap PENAUNG Pameran Pengantin 1 Malaysia 2010




Untuk maklumat lanjut:
E-mail                    : admin@1malaysiabridalfair.my
Pejabat (Tel/Faks)  :+603-61864378

Staf untuk dihubungi:


Jef       : +6016 338 4840
Azhar    : +6016 330 4840
Min       : +6016 220 4840
Syamsul : +6012 204 3289
Nad      : +6016 206 4840
Hadi     : +6016 209 4840
Hafeez  : +6012 347 5452
Brad     : +6019 355 1898
Syahir   : +6016 442 4840